Data terbaharu daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mendedahkan terdapat kemungkinan kaitan risiko strok bagi individu dewasa lebih tua yang menerima dos penggalak COVID-19 Pfizer-BioNTech yang dikemas kini.
Bagaimanapun data itu menunjukkan isyaratnya adalah lebih lemah daripada apa yang telah diumumkan oleh agensi itu pada awal Januari.